Dahulu, cinta itu cukup asing buat diriku.
Aku tidak pernah mengenali apakah itu cinta.
Sementelah mengenali dirimu.
Aku sedar cinta itu adalah bahagia.
Ketika cinta itu sedang bergelora.
Ada ketawa dan juga airmata.
Ada merajuk dan juga dipujuk.
Namun, ada sesuatu yang belum dapat aku rasakannya.
Di saat bahagia mula membunga di hati.
Ada rasa getar di lubuk jiwaku.
Pelbagai cerita yang singgah menghiasi siang dan malamku.
Di situ aku hanya berdiri kaku.
Kelmarin, kau datang membawa perkhabaran duka.
Katamu cinta ini penuh kepuraan.
Mengalir laju airmataku.
Satu-persatu hatiku retak bak kaca hempas ke lantai.
Di tengah hujan kau biarkan aku kebasahan.
Laju langkah kakimu melangkah meninggalkan aku sepi.
Dan kini, ku bukan kekasihmu.
Apapun yang berlaku terhadapku.
Biarkan ia menjadi satu medan kenangan.
Dan aku tahu cinta ini bukan untuk milikmu.
Seperninggalan cinta itu telah ku buang.
Kau hadir kembali menagih kasih.
Gundah-gulana aku memikirkannya.
Dan kau berterusan menarik perhatianku.
Buatmu yang ku cinta.
Dahulu kau pernah bertakhta di hatiku.
Namun, kini keputusan ku pasti.
Sehebat mana kau di mataku.
Izinkan aku menolak cintamu kini.

No comments:
Post a Comment